DUB 1012 : PENGAJIAN MALAYSIA (E-FOLIO)
SESI JUN 2015
TAJUK : MAHKAMAH SYARIAH VS MAHKAMAH SIVIL BERLANDASKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
NAMA PENSYARAH : PUAN RINA FAKHIZAN BINTI MUHD SUKHRI
NAMA AHLI KUMPULAN :
1) NURFARAH HANI BINTI AHMAD ZAHIMIN (02DKA15F1110)
2) NUR NAJIHAH BINTI MOHD FAUZY (02DKA15F1061)
3) PUTERI NUR AIREEN SYAKIRAH BINTI SHAMSUL (02DKA15F1155)
4) AFIZA FAZILAH BINTI MOHD AZMI (02DKA15F1021)
5) NURUL IZZATI SYAFIQAH BINTI ISMAIL (02DKA15F1065)
6) FATIMATUNZARA BINTI CHE BAHAMAN (02DKA15F1017)
PENGENALAN DAN SEJARAH RINGKAS KEHAKIMAN MALAYSIA |
Beza antara Mahkamah (undang-undang) Sivil dan Syariah di Malaysia?
Ramai di kalangan kita mengetahui akan wujudnya undang-undang Syariah di negara kita yang pada dasarnya dijalankan prosidingnya oleh Mahkamah Syariah. Namun ramai yang menyangka bahawa undang-undang Syariah itu hanya bersangkutan dengan perkara-perkara Munakahat semata-mata iaitu nikah-kahwin, cerai-rujuk, hak-hak barkaitan selepas perceraian untuk orang-orang Islam dan tidak lebih dari itu.
Adakah undang-undang Syariah itu hanya mencakupi bidang yang terbatas sebagaimana sangkaan ramai orang? Untuk mengetahui jawapannya dengan lebih lanjut, marilah kita semua berlapang dada dan minda untuk membaca dan memahami maksud sebenar undang-undang Syariah, yang sebenarnya sangat luas dan menyeluruh baik dari segi pengertiannya mahupun amalan dan perlaksanaannya.
Undang-undang Syariah adalah undang-undang yang bukan ciptaan manusia bahkan ia merupakan undang-undang dari Pencipta iaitu Allah S.W.T yang diperturunkan menerusi Rasul-Nya. Syariah dari segi bahasa membawa maksud “Jalan yang Lurus” sebagaimana Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran,“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu jalan yang lurus (Syariah) maka hendaklah kamu mengikutnya. Dan jangan sekali-kali mengikuti nafsu mereka yang tidak mengetahui” (Al-Quran 45:18) Antara maksudnya juga ialah sebagai ‘saluran air yang mengalir yang menjadi sumber minuman’.
Ahli-ahli Perundangan Islam yang terdiri dari Ulama’-ulama’ Muktabar kemudiannya meluaskan lagi definisi Syariah ini daripada maksud jalan yang lurus tadi iaitu meliputi segala hukum-hakam yang diatur oleh Allah S.W.T kepada umat manusia. Syariah Islam adalah merupakan hukum-hukum perundangan Allah yang termaktub di dalam sumber perundangan utama bagi umat Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Sumber perundangan kedua iaitu hasil Ijtimak para Ulama’ termasuk Ijma’, Qiyas, Istihsan, Mursalah Mursoleh dan sebagainya yang berasaskan Quran dan Sunnah juga termasuk di dalam sumber perundangan Syariah. Undang-undang Syariah ini adalah sebagai pengatur hidup manusia yang perlu berlandaskan segala Perintah dan Larangan dari Allah sebagai Pencipta kepada kita, makhluk dan hamba-Nya.
Undang-undang Syariah ini sesuai dengan fitrah semulajadi kita tidak kira tempat dan masa. Tujuannya diperturunkan dan disyariatkan tidak lain adalah untuk kita manusia beriman dan beramal dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Firman Allah S.W.T lagi :
“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan juga bagi perempuan yang mukminah apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada pula pilihan yang lain dari mereka”
Justeru itu, undang-undang Syariah ini jelas meliputi seluruh kehidupan kita manusia iaitu dalam bidang Ibadah, Muamalat (urusan perniagaan), Munakahat (urusan perkahwinan), Wasiat dan Perwarisan, Jenayah, Pemerintahan, Perhubungan manusia dan lain-lain lagi. Allah S.w.t menetapkan undang-undang ini untuk menjaga Maqasid Al-Syariah (maksud-maksud Syariah) itu sendiri iaitu lima (5) perkara yang sangat penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan umat manusia seperti :-
1) Menjaga Agama
Agama sangat perlu dititikberatkan dan dipertahankan dalam kehidupan manusia sejagat. Dengan agama iaitu memurnikan sepenuh ketaatan kepada Allah S.W.T, kita manusia menjadi sebaik-baik makhluk yang mulia di sisi Allah S.W.T. Justeru itu, orang Islam dilarang sama-sekali menukar agama atau murtad kerana ini bermakna engkar dan derhaka kepada Allah yang Mencipta dan sesiapa yang engkar sedemikian rupa adalah halal darahnya di sisi Allah (dihukum bunuh).
2) Menjaga Nyawa
Nyawa adalah hak dan pemberian Allah dan bukan milik kita manusia. Orang Islam dilarang keras membunuh diri sendiri apatah lagi membunuh orang lain. Membunuh diri sendiri adalah termasuk dalam dosa besar manakala membunuh orang di dalam Islam akan dikenakan hukum Qisas iaitu bunuh balas melainkan jika dimaafkan oleh waris yang kena bunuh, maka Diyat (bayaran hutang darah) perlu diberikan.
Nyawa adalah hak dan pemberian Allah dan bukan milik kita manusia. Orang Islam dilarang keras membunuh diri sendiri apatah lagi membunuh orang lain. Membunuh diri sendiri adalah termasuk dalam dosa besar manakala membunuh orang di dalam Islam akan dikenakan hukum Qisas iaitu bunuh balas melainkan jika dimaafkan oleh waris yang kena bunuh, maka Diyat (bayaran hutang darah) perlu diberikan.
3) Menjaga Akal
Umat Islam perlu bersih akal dan mindanya dari perkara-perkara yang boleh menyebabkan terjerumus ke dalam maksiat. Hanya orang yang waras akalnya akan tunduk kepada Perintah Allah dan menjauhi Larangan-Nya. Oleh itu sebarang minuman arak yang memabukkan adalah Haram di sisi orang Islam dan orang Islam yang meminum minuman yang memabukkan ini boleh dihukum sebat dengan lapan puluh (80) kali sebatan.
4) Menjaga Keturunan
Islam sangat menitikberatkan hubungan sesama manusia untuk meneruskan kelangsungan sebagai Khalifah di muka bumi. Institusi perkahwinan adalah satu-satunya jalan yang diredhai Allah dan menerusinya manusia melahirkan zuriat-zuriat yang sah dan suci. Islam tidak mengiktiraf sebarang hubungan di luar perkahwinan untuk maksud melahirkan keturunan. Zina merupakan satu dosa besar dan Allah memerintahkan agar penzina dihukum berat dengan direjam bagi yang telah berkahwin dan dihukum sebat seratus (100) kali bagi yang bujang.
Islam sangat menitikberatkan hubungan sesama manusia untuk meneruskan kelangsungan sebagai Khalifah di muka bumi. Institusi perkahwinan adalah satu-satunya jalan yang diredhai Allah dan menerusinya manusia melahirkan zuriat-zuriat yang sah dan suci. Islam tidak mengiktiraf sebarang hubungan di luar perkahwinan untuk maksud melahirkan keturunan. Zina merupakan satu dosa besar dan Allah memerintahkan agar penzina dihukum berat dengan direjam bagi yang telah berkahwin dan dihukum sebat seratus (100) kali bagi yang bujang.
5) Menjaga Harta
Harta yang diberikan oleh Allah S.w.t juga perlu dijaga dengan baik. Memperolehinya juga perlu dengan jalan yang baik, syarak dan tidak melanggar hokum Allah. Dari harta yang baik inilah datangnya rezeki yang baik dan halal untuk keluarga, dapat diinfaq, sedekah dan dikeluarkan zakat. Islam menetapkan agar orang-orang yang memperolehi harta dengan jalan fasik seperti mencuri, menyamun dan merompak hak orang lain akan dijatuhkan hukuman yang berat iaitu dipotong tangan atau kakinya.
Bagi orang-orang yang melanggar hukum Allah yang bersangkutan dengan lima perkara Maqasid Al-Syariah di atas, maka mereka akan dihukum dengan hukuman Hudud manakala bagi kesalahan-kesalahan yang lain hukuman dan perlaksanaannya adalah di bawah Hukum Takzir. Maka jelas kepada kita bahawa sebenarnya undang-undang Syariah ini sangat luas pengertiannya, sangat berkait rapat dengan kita bahkan meliputi segenap ruang-lingkup kehidupan kita seharian. Dari parkara-perkara asas berkaitan hukum-hakam yang menentukan halal-haramnya sesuatu perkara kepada kita umat Islam kepada perkara-perkara lain yang relevan dalam hidup kita semuanya terkandung di dalam perundangan Syariah.
Namun dari segi perlaksanaan, kita di Malaysia adalah tertakluk dan menerimapakai Undang-undang Perlembagaan Malaysia yang menjadi teras dan dasar perundangan utama. Tidak dapat dinafikan bahawa undang-undang Syariah di Malaysia hanya terbatas setakat beberapa perkara terutamanya hal-hal Munakahat orang-orang Islam dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya. Itupun setelah diberikan sedikit ruang dengan adanya pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Malaysia dengan menambah Fasal (1A) Perkara 121 tersebut pada tahun 1988. Sebelum 1988, semua perkara berkaitan adalah boleh juga dibicarakan di bawah bidang kuasa Undang-undang Sivil dan selalunya memberikan satu keputusan yang bercanggah kerana penghakiman tersebut dibuat berdasarkan undang-undang sivil. Perkara 121 (1A) antara lain menyebut: “Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal 1 {Perkara 121 (1) iaitu Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Sabah dan Sarawak} tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah”
Dengan pindaan tersebut, maka perkara-perkara di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasanya sendiri dan hak eksklusif yang diberikan tersebut tidak memungkinkan Mahkamah Sivil campur tangan. Enakmen-enakmen Negeri di Malaysia telah menentukan perkara-perkara berikut menjadi bidang kuasa Mahkamah Syariah sepenuhnya, iaitu :-Namun dari segi perlaksanaan, kita di Malaysia adalah tertakluk dan menerimapakai Undang-undang Perlembagaan Malaysia yang menjadi teras dan dasar perundangan utama. Tidak dapat dinafikan bahawa undang-undang Syariah di Malaysia hanya terbatas setakat beberapa perkara terutamanya hal-hal Munakahat orang-orang Islam dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya. Itupun setelah diberikan sedikit ruang dengan adanya pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Malaysia dengan menambah Fasal (1A) Perkara 121 tersebut pada tahun 1988. Sebelum 1988, semua perkara berkaitan adalah boleh juga dibicarakan di bawah bidang kuasa Undang-undang Sivil dan selalunya memberikan satu keputusan yang bercanggah kerana penghakiman tersebut dibuat berdasarkan undang-undang sivil. Perkara 121 (1A) antara lain menyebut: “Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal 1 {Perkara 121 (1) iaitu Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Sabah dan Sarawak} tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah”
1. PERKARA-PERKARA MAL (SIVIL) MAHKAMAH SYARIAH
- Pertunangan, nikah cerai, membatalkan nikah atau perceraian atau pembubaran nikah kehakiman.
- Tuntutan ke atas hartabenda atau pemberian harta benda yang berbangkit daripada perkara (a) di atas.
- Nafkah orang-orang di bawah tanggungan, anak yang sah, penjagaan atau pemeliharaan anak-anak.
- Pemberian inter-vivos, harta sepencarian, wakaf atau nazar
- Perkara lain yang diberi kuasa tadbir kepadanya oleh mana-mana undang-undang yang berkanun.
2. PERKARA-PERKARA JENAYAH MAHKAMAH SYARIAH
- Kesalahan-kesalahan matrimoni seperti menganiaya isteri dan tidak taat kepada suami.
- Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan hubungan tidah sah di sisi syarak seperti persetubuhan haram, sumbang mahram pelacuran dan khalwat
- Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan aspek ibadah dan iman seperti tidak sembahyang Jumaat, tidak berpuasa dan tidak membayar zakat dan fitrah
- Kesalahan-kesalahan menjual dan membeli minuman keras
- Kesalahan berhubung dengan pertukaran agama iaitu tidak melaporkan, mendaftar masuk atau keluar dari agama Islam dan kesalahan berkaitan pengambilan anak angkat.
- Lain-lain jenis kesalahan selain daripada kategori di atas.
Jika dilihat dari segi perlaksanaan perundangan Syariah di Malaysia, boleh dikatakan bahawa perlaksanaannya masih terbatas dan belum menyeluruh. Kesalahan-kesalahan yang disifatkan sebagai dosa besar dan/atau maksiat di sisi syarak seperti meminum arak, terlibat dalam persetubuhan haram seperti zina dan pelacuran dan sebagainya diberikan hukuman yang ringan dan tidak memadai.
Perkara-perkara bejat dan tidak bermoral yang berlaku dikalangan orang-orang Islam perlu dibendung mengikut perundangan Syariah yang sebenarnya, sesuai dengan statusnya sebagai perundangan yang bersifat fitrah dan maha adil, juga untuk memastikan orang-orang Islam tunduk dan patuh hanya kepada Yang Maha Pencipta. Mahkamah-mahkamah Syariah di seluruh negara juga berdepan dengan isu perlaksanaan kuasa yang tidak selaras dan seragam.
Walaubagaimanapun, kita berdoa dan berharap agar kelemahan dan kekurangan perlaksanaan dalam perundangan Syariah di negara kita dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Hakikat ini mampu kita capai sekiranya semua.
MASALAH KELEMAHAN MAHKAMAH SYARIAH YANG DIPERKATAKAN OLEH MASYARAKAT DAN PENYELESAIANNYA
MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA
Mahkamah Syariah Sebelum Penjajahan
Undang-undang Islam telah diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan British lagi. Ini dapat dilihat melalui Undang-Undang Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Undang-Undang Melaka telah menjadi asas kepada undang-undang negeri Melayu yang lain seperti Pahang, Kedah dan Perak. Selain itu, Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 telah mencatatkan bahawa hukuman zina adalah berdasarkan undang-undang Islam. (Mahamad Arifin et.al. 2007:77) Selain itu catatan dalam Buku Sejarah Melayu ada menceritakan tentang penguatkuasaan undang-undang bagi pencuri ketika pemerintahan Sultan Alaudin Syah, anak kepada Sultan Mansur Syah. Catatannya adalah seperti berikut : “Pada suatu malam Seri Maharaja berkawal, bertemu dengan seorang pencuri. Maka diparang oleh Seri Maharaja dengan pedang bertupai, putus bahunya…….Maka daripada hari itulah datang kepada akhirnya tiada pencuri lagi di dalam negeri Melaka”. (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:3) Salah satu bukti lain yang menunjukkan bahawa undang-undang Islam telah diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah ialah dengan merujuk kepada Batu Bersurat Terengganu bertarikh 22 Februari 1303 bersamaan 4 Rejab 702 disebut : “Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah Dewata Maha Raya jika merdeka bujang palu seratus rotan. Jika merdeka beristeri atau perempuan bersuami ditanam hinggakan pinggang dihambalang dengan batu matikan” (Ahmad Mohamad Ibrahim. 1997:481)
Hakikatnya, sebelum tahun 1948, kedudukan Mahkamah Syariah masih lagi berada dalam struktur Mahkamah Negara beserta dengan mahkamah yang lain. Namun dengan lulusnya “Courts Ordinance 1948”, Mahkamah Syariah yang terdiri daripada Mahkamah Kadi dan Mahkamah Penolong Kadi telah dipisahkan daripada susunan Mahkamah Persekutuan. (Zaini Nasohah. 2004:69) Kedatangan British ke Tanah Melayu telah membawa bersama undang-undang mereka. Penubuhan sistem kehakiman British dengan kemasukan pegawai British yang terlatih dalam undang-undang Brtitish dan penggubalan undang-undang berdasarkan undang-undang British telah sedikit sebanyak menyebabkan undang-undang Islam terpinggir (Mahamad Arifin et.al. 2007:78) Peminggiran undang-undang Islam dapat dilihat apabila Mahkamah Syariah hanya diletakkan sebagai sebuah mahkamah yang bertaraf mahkamah rendah sahaja. Selain itu, Mahkamah Syariah juga mempunyai struktur yang daif dan undang-undang serta bidangkuasanya juga amat terbatas. Malahan terdapat kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam yang dihakimi oleh orang-orang bukan Islam dengan dibantu sahaja oleh orang Islam. Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Syariah pula boleh didengar oleh sebuah badan rayuan yang dianggotai oleh orang bukan Islam. (Mahamad Arifin et.al. 2007:78)
Mahkamah Syariah Selepas Merdeka
Kedudukan Mahkamah Syariah Menurut Perlembagaan
ASPEK KELEMAHAN MAHKAMAH SYARIAH YANG SERING DIPERKATAKAN OLEH MASYARAKAT DAN LANGKAH MENGATASINYA
Terlalu banyak kelemahan dan kekurangan yang diperkatakan oleh masyarakat awam mengenai kelemahan di dalam pengurusan serta pentadbiran yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah di Malaysia. Di dalam penulisan ini, penulis akan cuba membentangkan beberapa kelemahan dan kekurangan yang sering diperkatakan oleh masyarakat dan beberapa langkah penyelesaiannya samada yang telah dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah serta Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) atau yang masih di dalam bentuk cadangan.
KELEMAHAN MAHKAMAH SYARIAH DAN JALAN PENYELESAIANNYA :
Pertama :
Mahkamah Syariah Hanya Boleh Membicarakan Kesalahan Yang Melibatkan Orang-Orang Islam Sahaja
Meskipun negeri mempunyai bidang kuasa membuat perundangan mengenai hukum syarak akan tetapi ianya hanya setakat yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan akta yang telah membataskan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam perkara Jenayah Syariah. Sehubungan itu, undang-undang yang diperbuat hanya boleh dilaksanakan ke atas orang-orang Islam sahaja. Ini kerana kuasa undang-undang Jenayah ini telah diperuntukkan dalam Jadual Ke Sembilan, Senarai Perundangan, Senarai 2-Senarai Negeri yang memperuntukkan : “….mengadakan dan menghukum kesalahan-keslahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut ugama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan…” (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:7 & 96) Ini merupakan satu kelemahan yang terdapat dalam Mahkamah Syariah terutama dalam kes yang melibatkan penentuan agama bagi seseorang yang telah mati. Keadaan ini telah berlaku seperti dalam kes Dalip Kaur vs Pegawai Polis Daerah Bukit Mertajam@Anor yang mana orang yang agamanya hendak ditentukan telah mati. Permasalahan yang timbul ialah pemohon dalam kes ini iaitu ibunya bukan beragama Islam sedangkan persoalan murtad berada di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Dia tidak boleh memfailkan permohonannya di Mahkamah Syariah kerana dia bukan beragama Islam. Sehubungan itu peguambela dan Penasihat Undang-Undang Negeri telah menerima fakta bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidangkuasa untuk mendengarnya. (Zulkifli Hasan et.al. 2007:25) Walaubagaimanapun dalam persoalan ini, masalah bidangkuasa tidak dibincangkan langsung. Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah ini Mahkamah Sivil telah membuat keputusan fakta dan mengemukakan persoalan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri berkenaan untuk dijawab. Selepas mendapat jawapan, Mahkamah Sivil menggunapakai keputusan tersebut bagi membuat keputusan. (Zulkifli Hasan et.al. 2007:26) Sehubungan itu permasalahan seperti ini telahpun ada jalan penyelesaiannya.
Kedua :
Kedua :
Bidangkuasa Yang Sangat Terhad
Walaupun negeri-negeri diberi kuasa untuk menubuhkan Mahkamah Syariah dan mengadakan undang-undang yang boleh menghukum mana-mana orang yang melakukan kesalahan sebagaimana yang diperuntukkan, namun kuasa yang dibenarkan ini adalah amat terhad kerana dibatasi oleh Perlembagaan dan Akta-Akta tertentu. Oleh itu Mahkamah Syariah hanya diberikuasa untuk menjatuhkan hukuman denda yang tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau sebatan tidak melebihi 6 kali atau kombinasi daripada mana-mana hukuman tersebut (Zulkifli Hasan et.al. 2007:3) Akibat daripada keterbatasan bidangkuasa Mahkamah Syariah ini, beberapa kes jenayah yang sepatutnya melibatkan undang-undang hudud dan qisas seperti zina, minum arak dan sebagainya, Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa untuk menjatuhkan hukuman sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan Sunnah (Zaini Nasohah. 2004:83-84) Fenomena ini berpunca daripada undang-undang Jenayah yang pada umumnya berlandaskan Kanun Keseksaan dan Kanun Acara Jenayah yang berlandaskan prinsip Undang-Undang Inggeris dan telah sebati dengan perundangan Malaysia. Oleh yang demikian perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Jenayah, peraturan-peraturan keterangan dan prosedur, perjanjian kontrak, undang-undang tanah dan sebagainya telah menurut prinsip Undang-Undang Inggeris dan telah menggantikan pelaksanaan undang-undang adat Melayu dan Undang-Undang Islam. Kesannya ialah, pelaksanaan undang-undang Islam hanya dilaksanakan dalam perkara tertentu seperti kekeluargaan, faraid serta beberapa aspek tertentu dalam kesalahan jenayah menurut Islam seperti minum arak, zina dan sebagainya (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:93 & 96)
Walaupun negeri-negeri diberi kuasa untuk menubuhkan Mahkamah Syariah dan mengadakan undang-undang yang boleh menghukum mana-mana orang yang melakukan kesalahan sebagaimana yang diperuntukkan, namun kuasa yang dibenarkan ini adalah amat terhad kerana dibatasi oleh Perlembagaan dan Akta-Akta tertentu. Oleh itu Mahkamah Syariah hanya diberikuasa untuk menjatuhkan hukuman denda yang tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau sebatan tidak melebihi 6 kali atau kombinasi daripada mana-mana hukuman tersebut (Zulkifli Hasan et.al. 2007:3) Akibat daripada keterbatasan bidangkuasa Mahkamah Syariah ini, beberapa kes jenayah yang sepatutnya melibatkan undang-undang hudud dan qisas seperti zina, minum arak dan sebagainya, Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa untuk menjatuhkan hukuman sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan Sunnah (Zaini Nasohah. 2004:83-84) Fenomena ini berpunca daripada undang-undang Jenayah yang pada umumnya berlandaskan Kanun Keseksaan dan Kanun Acara Jenayah yang berlandaskan prinsip Undang-Undang Inggeris dan telah sebati dengan perundangan Malaysia. Oleh yang demikian perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Jenayah, peraturan-peraturan keterangan dan prosedur, perjanjian kontrak, undang-undang tanah dan sebagainya telah menurut prinsip Undang-Undang Inggeris dan telah menggantikan pelaksanaan undang-undang adat Melayu dan Undang-Undang Islam. Kesannya ialah, pelaksanaan undang-undang Islam hanya dilaksanakan dalam perkara tertentu seperti kekeluargaan, faraid serta beberapa aspek tertentu dalam kesalahan jenayah menurut Islam seperti minum arak, zina dan sebagainya (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:93 & 96)
Ketiga :
Ketidak Seragaman Undang-Undang Antara Negeri
Salah satu masalah yang sedia dihadapi oleh Mahkamah-Mahkamah Syariah sekarang ini seperti yang diperkatakan oleh YAA Datuk Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ialah ketiadaan penyeragaman undang-undang. Sebagaimana yang sedia dimaklumi bahawa undang-undang yang digunapakai adalah berbeza-beza antara negeri kerana setiap negeri mempunyai bidangkuasanya yang tersendiri. Perbezaan ini menyebabkan banyak masalah yang berlaku seperti pengeluaran perintah yang pelbagai dari beberapa negeri sedangkan ianya datang dari pihak-pihak yang sama. Penguatkuasaan perintah, saman dan waran tangkap juga tidak dapat dilaksanakan apabila timbulnya permasalahan dari segi ketidakseragaman undang-undang tersebut terutama yang melibatkan perintah bersaling (reciprocal). Selain itu, permasalahan ini timbul akibat daripada setiap negeri mempunyai badan pembuat undang-undangnya sendiri iaitu Dewan Undangan Negeri masing-masing (Zulkifli Hasan et.al. 2007:6) Walaubagaimanapun, permasalahn ini sedikit sebanyak telah dapat diselesaikan apabila Majlis Hal Ehwal Kebangsaan Agama Islam (MKI) yang diurusetiakan oleh JAKIM telah menyediakan lima undang-undang yang seragam yang telah diluluskan oleh Majlis Raja-Raja pada 22 Mac 2001. Undang-undang tersebut ialah Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam, Undang-Undang Acara Jenayah, Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Undang-Undang Keluarga Islam. (Zulkifli Hasan et.al. 2007:6) Walaupun begitu permasalahan ini masih lagi berlarutan apabila adanya negeri yang masih belum menerima pakai dan mewartakan undang-undang tersebut antaranya Pahang yang hanya meluluskan dua undang-undang sahaja, Kedah masih belum meluluskannya langsung, Wilayah Persekutuan telah meluluskan tiga undang-undang, Perlis telah meluluskan dua undang-undang manakala Kelantan dan Terengganu masing-masing meluluskan empat undang-undang tersebut. (Zulkifli Hasan et.al. 2007:7) Selain itu, permasalahan ketidakseragaman undang-undang dibimbangi akan menghasilkan keputusan yang tidak selaras terutamanya dalam kes di Mahkamah Rayuan Syariah. Sehubungan itu, JKSM telah melakukan perbincangan bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-Negeri bagi tujuan melantik Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan JKSM sebagai panel tetap Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri. Ia bertujuan untuk mewujudkan satu panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang sama dalam mengendalikan kes rayuan di seluruh Negara. Selain itu ia juga dapat mewujudkan keputusan yang selaras yang akan dapat dijadikan sebagai panduan kepada mahkamah bawahan yang lain. (Zulkifli Hasan et.al. 2007:9-10)
Keempat :
Kelewatan Perlantikan Hakim-Hakim Mahkamah Syarie
Sebagai contoh, perlantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah sering mengalami masalah kelewatan perlantikan terutama sekali apabila berlaku pertukaran Hakim atau perlantikan Hakim yang baru. Kelewatan ini banyak menyebabkan kes tertangguh pendengarannya. Ia seringkali menimbulkan rungutan dan kritikan masyarakat. Permaslahan ini timbul kerana perlantikan hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi dilantik dan ditauliahkan oleh Sultan/Raja/Yang Dipertuan Agong dengan nasihat Ketua Hakim Syarie. Oleh itu bagi menyelesaikan kemelut sebegini berterusan, adalah sesuai sekiranya satu peruntukan diwujudkan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam/Mahkamah Syariah bagi membolehkan Raja/Sultan memberikan kuasa istikhlaf kepada Ketua Hakim Syarie bagi pihak Raja/Sultan untuk memberi tauliah kepada Hakim-Hakmi Mahkamah Rendah Syariah. Dengan kuasa seperti ini, sebaik sahaja seorang Hakim Mahkamah Rendah ditugaskan di sesebuah negeri, pada hari itu juga dia boleh ditauliahkan dan terus boleh menjalankan tugas kehakimannya (Zulkifli Hasan et.al. 2007:12) Begitu juga dengan permasalahan perlantikan peguam syarie, yang mana perlantikan mereka adalah tidak selaras antara negeri-negeri. Mana-mana peguam yang hendak beramal di 14 buah negeri di Malaysia perlu memohon secara berasingan di setiap negeri tersebut. Walaubagaimanapun, permasalahan ini sedikit sebanyak telah diselesaikan dengan pembaharuan dalam subseksyen 4 yang telah memberi sedikit ruang kepada peguam syarie yang telah diterima beramal di sesebuah negeri, boleh terus diterima beramal di negeri yang lain setelah permohonan dikemukakan kepada Majlis dengan menyertakan keterangan yang dia telah diterima masuk sebagai peguam syarie di negeri itu. Walaupun begitu peruntukan ini masih belum dilaksanakan di kebanyakan negeri dengan alasan kaedah-kaedah peguam Syarie masih belum dipinda atau masih belum wujud lagi (Zulkifli Hasan et.al. 2007:14)
Kelima :
Terlalu Banyak Kes Yang Tertangguh Dan Tertunggak
Satu lagi isu yang sering kedengaran di dada akhbar ialah banyak kes di Mahkamah Syariah yang lambat diselesaikan atau memakan masa yang lama untuk diselesaikan. Perkara ini telah dijelaskan oleh YAA Dato Aria Diraja Dato’ Haji Daud bin Muhammad, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan bahawa permasalahan itu bukanlah berpunca daripada Mahkamah Syariah akan tetapi berpunca daripada pihak-pihak yang terlibat atau peguam masing-masing. Ini kerana apabila kedua-dua pihak tidak dapat memberikan persetujuan sudah tentu kesnya akan tertangguh. Dengan itu Mahkamah Syariah telah melaksanakan kaedah Sulh bagi meyelesaikan permasalahan ini. Satu berita baik bagi permasalahan ini ialah apabila peruntukan Sulh telah dimasukkan di dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah seperti Negeri Kelantan tahun 2002 dan Negeri Selangor tahun 2001 (Zulkifli Hasan et.al. 2007:45-47)
Keenam :
Tidak Dapat Memutuskan Isu Yang Berkaitan Dengan Kewangan Islam
Dalam perkara bank, perbankan, insuran dan sebagainya, Mahkamah Sivil dalam amalannya akan mentadbirkan undang-undang menggunakan prinsip Undang-Undang Inggeris, dan tidak terkecuali dalam menyelesaikan kes-kes dari Perbankan Islam dan Takaful. Ini kerana pada masa yang lalu, Mahkamah Sivil bebas dan tidak terikat dengan prinsip-prinsip Syariah. Ini kerana dokumen yang diperbuat mengambil kira kedudukan undang-undang yang sedia ada seperti Contract Act 1950. Oleh sebab Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa dalam pertikaian yang timbul mengenai perbankan Islam dan tiada undang-undang muamalah bertulis mengenainya, ini akan menimbulkan kerumitan kepada Mahkamah dalam memberikan keputusan yang tepat sepertimana yang dikehendaki oleh hukum syarak. Pergantungan kepada pandangan fiqh yang pelbagai akan menimbulkan ketidakpastian mazhab yang hendak dipakai. Permasalahan akan menjadi bertambah rumit apabila tiada hakim di Mahkamah Sivil yang mampu menangani masalah tersebut (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:17) Sehubungan itu, bagi menyelesaikan kemelut yang timbul dalam permasalahan seperti itu, maka Akta Bank Negara 1958 telah dipinda dengan memperuntukkan bahawa persoalan Hukum Syarak yang berkaitan dengan kewangan Islam yang timbul di mahkamah Sivil hendaklah dirujuk kepada Lembaga Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia. Ini juga bagi memastikan keseragaman keputusan mengenai permasalahan yang serupa (Zulkifli Hasan et.al. 2007:26)
Ketujuh :
Mahkamah Syariah Adalah Mahkamah Yang Rendah Tarafnya
Prof Ahmad Mohamed Ibrahim telah menjelaskan berhubung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah, akta yang pertama mengenainya telah dibuat pada tahun 1965 iaitu hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Lebih kurang dua puluh tahun kemudian iatu pada tahun 1984, Mahkamah Syariah diberi kuasa yang lebih tinggi dalam perkara jenayah iaitu menjatuhkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga lima ribu ringgit atau sebat tidak melebihi enam pukulan atau gabungan hukuman tersebut. Selepas itu undang-undang ini tidak dikaji lagi. Maka telah sampai masanya Mahkamah Syariah diberi kuasa yang lebih dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah jenayah syariah. Ada beberapa kesalahan yang diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah sekarang apabila disabitkan di Mahkamah Syariah hukumannya adalah lebih ringan berbanding kesalahan yang sama apabila dihadapkan ke Mahkamah Sivil. Keadaan ini sudah pasti menyebabkan kedudukan Mahkamah Syariah dipandang rendah oleh masyarakat (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:19)
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MAHKAMAH SYARIAH:
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MAHKAMAH SYARIAH:
Terdapat banyak cadangan yang boleh dikemukakan bagi menambahbaik kedudukan dan fungsi Mahkamah Syariah di Malaysia antaranya :
Pertama :
Pemusatan Kuasa Pentadbiran Kehakiman Islam
Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Universiti Sains Islam Malaysia telah menjelaskan antara langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan taraf Mahkamah Syariah ialah dengan memusatkan kuasa Pentadbiran Kehakiman Islam dibawah satu badan khas. Dengan itu, Mahkamah Syariah negeri-negeri perlu bergabung antara satu sama lain dan dikawal oleh badan tersebut. Antara sebab terkebelakangnya Mahkamah Syariah ialah kerana ia masih berada di bawah bidang kuasa negeri yang menyebabkan ianya dipandang sebagai sebuah institusi kecil dan kuasanya hanya boleh dilaksanakan di negeri terbabit sahaja. Sehubungan itu, bagi merealisasikan tujuan tersebut, Ketua Hakim Syarie dan Mufti perlu memainkan peranan dalam menjelaskan tujuan penggabungan tesebut, matlamatnya, kesannya dalam jangka panjang dan sebagainya kepada Sultan/Raja negeri terbabit (Irwan Mohd Subri et.al.2005:28-30)
Kedua :
Peranan Kerajaan
Pihak Kerajaan juga perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan Mahkamah Syariah tidak ketinggalan berbanding dengan Mahkamah Sivil. Antara keperihatinan Kerajaan dalam menaiktaraf Mahkamah Syariah ialah dengan membuat satu pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu dalam perkara 121 (1A) (Irwan Mohd Subri et.al.2005:28-30)sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Walaubagaimanapun pindaan 121 (1A) adalah merupakan satu langkah yang sangat penting tetapi ianya perlu dijadikan titik permulaan dan bukannya sebagai kesudahan. Oleh itu banyak lagi usaha yang perlu dilakukan oleh Kerajaan dalam menaik taraf undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah di Malaysia antaranya (Ahmad Mohamed Ibrahim. 1997:42) : - Memperbaiki dan meninggikan taraf pentadbiran undang-undang Islam di Mahkamah Syariah - Melihat kepada undang-undang bertulis di peringkat Persekutuan dan Negeri dan mengubah mana-mana peruntukan yang bertentangan dengan undang-undang Islam. - Mengadakan cara dan undang-undang untuk mengembalikan undang-undang Islam sebagai undang-undang asas di Malaysia. Walaubagaimanapun dengan tidak menafikan usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan, kita perlu mengingati bahawa undang-undang yang lengkap sahaja tidak memadai sekiranya ia tidak disertakan dengan keupayaan agensi terbabit untuk mentadbirnya dengan sebaik mungkin.
Ketiga :
Mewujudkan Institusi Kajian Yang Berautoriti
Memandangkan undang-undang Islam ini telah lama terhenti perkembangannya dalam aspek pelaksanaannya, maka kajian yang menyeluruh diperlukan untuk menjadikan undang-undang Islam itu relevan dan dapat dilaksanakan dalam masyarakat masa kini. Kajian ini bertujuan untuk mengambil asas-asas perundangan Islam yang sesuai dilaksanakan di sesebuah Negara kerana terdapatnya perbezaan pandangan Ulama dalam isu-isu tertentu. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti samada undang-undang yang diamalkan sekarang bercanggah dengan Islam atau pun tidak. Maka dengan kajian ini akan jelas kepada kita antara undang-undang yang tidak bercanggah dengan Islam yang perlu dikekalkan dan undang-undang yang bercanggah dengan Islam yang perlu dihapuskan. Badan kajian seumpama ini sebenarnya telah pun wujud di beberapa Negara yang berusaha melaksanakan syariah seperti Pakistan dengan Islamic Ideology Council dan Sudan dengan Majma’ al-Fiqhnya (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:79-80)
Keempat :
Membina Kesedaran Masyarakat Tentang Kepentingan Undang-Undang Islam
Masyarakat kita telah leka dengan undang-undang penjajah yang telah lama diamalkan di Negara kita. Sehubungan itu, masyarakat perlu diberikan kesedaran semula tentang pentingnya pelaksanaan undang-undang Islam dalam kehidupan dan Negara. Bagi merealisasikan hasrat ini maka usaha penyedaran perlu dilakukan samada secara rasmi atau tidak rasmi. Melalui pendekatan rasmi, undang-undang Islam perlu dimasukkan dalam kurikulum pendidikan bagi memahamkan para pelajar tentang undang-undang Islam secara tepat dan kepentingannya dalam kehidupan. Selain itu, melalui pendekatan tidak rasmi, kita perlu menggunakan media cetak, media elektronik dan sebagainya bagi memberikan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang undang-undang Islam dengan tepat (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:80-81)
Kelima :
Menggubal Undang-Undang Islam Dalam Bentuk Akta Dan Statut
Khazanah perundangan Islam amat banyak terutama dalam kitab-kitab Fiqh yang pelbagai mazhab. Bagi tujuan pelaksanaan ianya akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan sesuatu kes dengan merujuk kepada kitab-kitab fiqh yang beerjilid-jilid tebalnya itu.Oleh itu adalah lebih praktikal sekiranya undang-undang Islam itu dikanunkan bagi memudahkan pengamal undang-undang merujuk kepadanya. Antara kebaikan usaha kodifikasi undang-undang ini ialah (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:81-84): - Usaha untuk meringkaskan pandangan ulama dalam satu mazhab atau yang berlainan mazhab. - Memudahkan para hakim untuk melaksanakan sesuatu undang-undang kerana tidak perlu lagi merujuk kepada kitab-kitab fiqh yang tebal dan sebagainya. - Mengurangkan percanggahan pendapat dan keputusan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Syariah.
Keenam :
Meminda Perlembagaan Persekutuan
Dijelaskan oleh Prof Ahmad Mohamad Ibrahim bahawa tujuan untuk meninggikan undang-undang Islam khususnya bidangkuasa Mahkamah Syariah maka satu perkara dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah diadakan seperti : “ Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Islam hendaklah terbatal dan dianggap tidak sah setakat mana yang ia bertentangan itu”(Ahmad Mohamad Ibrahim 1997 : 15) Di England telah banyak perubahan yang dibuat terhadap undang-undang yang menjadikannya lebih dekat kepada undang-undang Islam. Tetapi sayangnya kita di Malaysia hingga hari ini kerapkali mengikut sahaja pembaharuan yang dibuat oleh mereka sedangkan contoh yang terbaik boleh didapati daripada undang-undang Islam (Ahmad Mohamad Ibrahim 1997 : 11)
Ketujuh :
Penambahbaikan Skim Perjawatan di Mahkamah Syariah
Meskipun Pegawai Mahkamah Syariah adalah pegawai negeri, skim perkhidmatan, syarat perlantikan dan perkhidmatan, gaji dan elaun mereka adalah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan. Jawatan dalam kehakiman dan perundangan negeri adalah amat terhad dan tidak banyak peluang untuk kenaikan pangkat dalam perkhidmatan itu. Oleh itu terdapat pegawai yang berkelayakan dalam bidang kehakiman tidak menceburkan diri dalam bidang tersebut akibat daripada masalah yang dijelaskan. Sekiranya perkhidmatan tersebut diadakan diperingkat Persekutuan, skim dan perlantikan serta yang lain-lain lagi akan dapat diseragamkan dan sudah tentu peluang kenaikan pangkat akan menjadi lebih banyak lagi kerana ianya tidak lagi tertutup kepada negeri itu sahaja (Ahmad Mohamad Ibrahim 1997 : 48)
Kelapan :
Latihan yang Profesional
Sememangnya Mahkamah Syariah diletakkan di tempat yang rendah terutama sekali apabila dilihat dalam aspek bangunan, jumlah kakitangan dan sebagainya. Hakim-Hakim Mahkamah Syariah tidak diberikan kelayakan professional yang menyebabkan ramai graduan yang berkelulusan dalam bidang tersebut tidak berminat menjadi hakim di Mahkamah Syariah. Selain itu undang-undang acara dan keterangan yang dikenakan di Mahkamah Syariah tidak jelas. Enakmen negeri memperuntukkan kegunaan undang-undang sivil mengenai acara mal dan jenayah serta keterangan akan tetapi undang-undang itu sukar difahami kerana ianya dalam Bahasa Inggeris (Ahmad Mohamad Ibrahim 1997 :148) Oleh itu satu latihan yang berbentuk professional perlu diadakan bagi mempertingkatkan kefahaman para hakim di Mahkamah Syariah. Selain itu beban yang dipikul oleh Mahkamah Syariah adalah amat berat. Hakim Mahkamah Syariahlah yang akan menunjukkan bahawa hukum syarak bukan sahaja yang terbaik dari segi teorinya tetapi juga terbaik dari segi pelaksanaannya. Jika mereka gagal dalam menghakimi kes, bukan mereka sahaja yang akan dikecam tetapi juga hukum syarak akan turut dikatakan tidak adil. Justeru itu perhatian yang berat perlu diberikan kepada pendidikan dan latihan pegawai kehakiman dan perundangan yang akan terlibat dengan pentadbiran hukum syarak di Mahkamah Syariah. Mereka perlu diberikan latihan ikhtisas sekurang-kurangnya seperti hakim di Mahkamah Sivil ataupun lebih baik dari itu (Ahmad Mohamed Ibrahim. 1997:59-60)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete